..

..

Saturday, February 26, 2011

tak tahu antara dua




assalamualaikum...
malam tadi mimpi dye.
amy pun tak tau macamana dye boleh masuk balik dalam mimpi amy setelah
sekian lama an.
maybe sebab semalam mase test 1 dye duk belakang amy kowt.
ok,from deep of my heart amy dah takda perasaan KOWT kat dye.
tapi ntah la.
dalam mimpi uh dye nak baik balik.
tapi hati amy dah ada orang lain.
bila dah sedar uh tak berani nk sambung tido dah.


Thursday, February 24, 2011

senyumlah :)





1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".







Tuesday, February 22, 2011

yes im in love !!!







1. Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2. Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....

Wednesday, February 16, 2011

to my future husband


For My "FUTURE HUSBAND" ,saya xtahu siapa awk..dekat mne awk sekarang dan apa yang awak buat..tp if one day we met..saya harap awk terima saya seadanya..saya tahu saya xsempurna yang awak inginkan..saya dapat rasa awak laki yang baik..awak bole jadi seorang laki yang memimpin..saya tahu,laki2 mcm awk jarang dpt dlm dunia..saya xminta high expectation bila bersama dgn awk..cukup lah hanya dikelilingi dgn kasih sayang dan kesetiaan..saya tau awk mungkin tgh tersenyum bile baca surat ini..dan mungkin awk lah FUTURE saya..saya menunggu untuk sesuatu yang pasti..plus kalau betul awak jodoh saya yang dalam fb,saya xnk awak dgn gambr awek awak tgh peluk2..posing sana,posing sini..kepit sana,kepit sini...post luv u,miss u dan blabla..saya tau,awak ensem,smart.style.dan laen2..tp smart dan ensem bia lah pada saya je..bia pon saya nyh pompuan yg terdedah dgn khayalan dunia,tp saya sedar setiap pasangan mahukan yg terbaik..saya tahu awk dapat memimpin saya..Plus awk kini laki yang kian pupus..awk kena sedar,laki skrg saham da makin menaik..di akhir zaman,,perempuan masing2 bergaduh sebab nk dptkan awk..tp saya xnk mcm tuh,

.My FUTURE HUSBAND,saya xtahu our future mcm mcm..our life menjadi good @bad..tp pahit getir sama2 kita redah.Mmg dlm pasangan inginkan kebahagiaan dan kesenangan bersama..saya xminx banglo 10 tingkat,saya xminta honeymoon kt bulan sebab saya tahu benda tuh cm membazir..=)..tp kalau nk beli emas sekali sekala..saya xtolak..Awk,saya memamng perempuan yang dalam proses nk belajar memasak..saya mmg nk masak umtuk awk satu hari nt..awk balik saya masak..awk nk mkn saya hidang,awk mkn saya tgk..sbb kepusan bila dpt tgk awk mkn air tgn saya dah cukup mengenyangkan..Plus saya bkn nk demand dlm memilih awk sebagai suami tp lg best kalo otak kite gile sama gile..br meriah sikit suasana rumah..awk pon xnk saya je yg kaki bebel dlm rumah mcm dlm drama kan?jadi..bile kite langkah kaki kite bersama,kite jd gila sama gila ok?To my Beloved Future Husband.xd perempuan dalam dunia ni nakkan laki yang penah sentuh2 prempuan..maknenyer,lepas sentuh pompuan tuh tgn tros rendam dlm acid dan bile kite berjumpa 1 hr nt saya nmpk tgn awk beracid tu mknenyer awk pnh bce letter saya..Saya nk menjadi perempuan yang pertama dan terakhir di hati awk..saya nk tgk awk hari2 tersenyum bila nmpk saya..=)

saya tau awk nyh mest sweet dan romantik orangnya..awk halal untuk saya..saya harap awk pandai jage diri seblom awk jumpa saya..bila awk berdating..awk jgn percaya sgt dgn pujuk rayu awek awak..jgn mudah sangkut..And sebagai penutup warkah dari saya,bila kita da kawen nt sama2 kita harung,sama2 kita redah sama2 kita lantak ..awk imam dan saya makmum..awak makan saya masak..tp kalau masak sama2 lagi best..Conclusionnyer,awk cepat2 la carik saya..saya takut nk carik awk kt dunia luar sana..mcm2 bentuk..takut yg saya pilih tu bkn awk..Kalau bole pencarian tuh ,bialah saya yang pertama dan terakhir..menunggu awk..:)