..

..

Wednesday, October 26, 2011

i will not wait for you anymore


Even when I say I love you, you don't seem to hear
Even when I say I love you, you don't seem to know
The crying me whose heart is shattered, you don't seem to see
Even when I call your name, you don't seem to hear
Even when I say I want only you, you don't seem to know
My hopeless, pathetic love for you, you don't seem to know
Now I quit from waiting you
Not because i do not love you anymore
It just because i am tired of waiting .
goodbye wms ...

Thursday, October 13, 2011

kenapa saya tak tido lagi ?


pakcik !
sekarang pukul 12:49 am . saya masih tak boleh tido walaupun kepenatan
semuanya kerana SAYA TERLALU RINDUKAN AWAK !
saya nak mesej tapi tak sampai hati .
bukan ape , saya tak nak jadi perempuan yang rendahkan diri .
saya pun ada ego . saya pun ada PRIDE .
tapi saya rindu awakkkkkkk !!!

Thursday, September 22, 2011

geng boboboy sedia membantu

assalamualaikum
hye bloggie !
amy dah berapa hari tak update new entry .
biasalah musin peperiksaan ni bz.
nak kena cari mase yang sesuai untuk mencarut kat sini.
owyeh ! owyeh !

hurm ,
banyak sangat yang perlu di ceritakan .
kita bermula dengan hari jumaat lalu , 16 september HARI MALAYSIA
moto amy yang tercinta telah dicuci-cuci sama itu GENG BOBOYOY
suke-suke :)

satu sebab jimat duit , lagu satu rasa macam disayangi sangat .hehe
ntah la , kekadang bila fikir2 balik amy ni kira beruntung juga la .
biarpun cinta tu macam jauh sangat untuk digapai tapi kalau bab friendship ni
amy tak boleh nak pertikaikan amy memang banyak geng & kawan2 .hehe

haaa , bercakap tentang GENG BOBOBOY ni dorang memang sweet sangat .
sume stok A's jer .
ALANG , ADIY , AYIE , ALONG , AMY .
kannnnn , tak cayer lagi .
perkenalan dengan mereka ni tak lama tapi impak dye besar la .
macam dah lamaaaaaaaaaaaa sangat kenal .
kalau g kat FF BISTRO a.k.a ROTI IMPIT memang la melahar dengan dorang .
dorang pun dah tau amy mesti minta chocolate @ strawberry .
apa lagi nak cerita tentang mereka2 yang baru wujud nie yerk ?
erm , tu jer kowt la .
ni kat bawah amy letak gambar sesi mencuci moto oleh adiy ngan alang.
ayie takda mase ni :





Friday, September 16, 2011

dia tegur kowt !

cantik tak muka happy saya ? muahahaha

hye bloggie ,
happy mood !
(lompat-lompat jap)
kenapa yer ,malam ni macam dapat loteri .
sebab ape ?
haaaaa, jangan tak caye wms chat amy aw .
sumpah terkejut mula2 uh .
selepas bepikir2 beberapa minit amy pun balas la .
rupa-rupanya dia nak minta maaf .
lebih 20 kali juag la dia minta maaf ngan amy .
amy memang tak boleh terima sampai amy kata kalau dye minta maaf lagi amy takmo kawan dah .
bukan ape, amy tak nak dye minta maaf sebab dye tak salah pun .
takda lansung salah dye .
berkait dengan cinta tuh amy yang salah .
dye kata boleh rasa yang amy memang marah dye .
" awak ,kalau la awak boleh baca blog saya awak akan tau yang saya takkan dapat nak marah awak , ni kan pula buang awak dari hidup saya "

macam2 la kami cakap . kami macam dah kembali ke zaman dulu-dulu sebelum timbul semua krisis ni .
tapi pelik juga tiba2 dye chat an.
apa yang buatkan dye tibe2 click nama amy tuk im .
pastu sebuk tanya amy marah2 sapa kat fb .
hahaha,takkan nak bagi tau lak an yang amy marah dowg pasal lagu tuh .
memang tak laaaa....
seyes , hebatnya aura dorang bila amy tak boleh nak marah dorang lama-lama .
tak kisah la siapa .

hurm ,dye perasan amy ada masalah .
mula2 takmo share ngan dye tapi bile dye pujuk2 amy bagi tau juga la .
seperti apa yang khairul shahrin dan yang lain2 ,
wms juga berpendapat yang sama.
amy kena mengalah dengan abah .
sampai bila nak ego .
ape2 pun itu abah amy .
amy tau tu tapi amy tak boleh .
abahhhh , amy rindu :'(
wms kata dye nak amy kol abah esok juga .
tengok la macamana . amy perlukan masa lagi .
haaaaa....
dye macam ulang lirik lagu dalam "lelaki seperti aku "
dye kata amy an baik
amy an cantik
so amy kena beralah ngan abah .
tauuuu ????
wah , kalau dah guna ayat tuh macam satu arahan .
kalau benda lain memang amy boleh usahakan tapi benda ni berat la.
insyaalah, doakan kami berbaik semula .
dye masih anggap amy geng dye .
terharuuuuu...
tapi an awak , saya baru nak recover .
awak datang balik kepada saya ni terlalu cepat la.
hati saya dah tak tentu arah ni .
sume salah awak , semarakkan balik api cinta saya ni .
(jiwang sangat dah tuh amy )
*dinee kalau baca jangan gelak tau ! haha
lagi aper yer , dye ajak amy masuk silat .
alahhhh , amy dah tua . tak larat nak silat2 ni dah .
tapi memang teringin nk fit macam dulu balik .
nak taekwando takda mase .
tengok la macamana .
tak boleh nak kerap sangat ngan awak ni .
nanti saya sakit jumpa doktor pun xda ubat . hahahaha
mulai hari ni saya dah diiktiraf sebagai adik khairul shahrin dan adik kepada nurdinee .
hahahahahahahahahaah (sister tu adik ke kakak ?)
weh2 amy ,
panjang berjela posting kali ni .
kalau ada yang nak baca nanti terus tak jadi .
untuk kali ini itu jer kowt .
selamat malam :D


p/s : masih terlompat2 , yeah baik balik wms !!!!!!

Thursday, September 15, 2011

not everyone can handle luxury


Have u ever noticed that Rolls Royce & Bentley don't have commercials?


Reason : They know the value of their product & that brings customers to them.


Lesson : When u know ur value u don't have to beg people to be in yr life, to stay friends with u, to spend time with u or to love u, be confident in who u are.
Just remember NOT everyone can handle luxury

Wednesday, September 14, 2011

mereka anggap itu lawak

mainkan perasaan orang lawak ke ?
jadikan isu sayang seseorang kepada seseorang tu lawak ke ?
stalker facebook orang tu lawak ke ?
canang pasal status facebook seseorang tu lawak ke ?

mungkin bagi sesetengah orang ianya satu bahan jenaka .
tapi bagi orang yang terkena pernah tak korang pikir perasaan dia macamana .
bila korang dalam diam memperkatakan tentang dia ,
dan dia akhirnya tahu tentang itu
macamana agaknya dia nak berdepan dgn korang ?
pernah tak korang pikir ????

jawapannya mesti tidak
sebab korang tak anggap ia suatu yang serius .
lebih sadis bila orang yang korang bahan tu seorang gadis .
yang sangat memuju korang sebagai abangnya
seperti yang pernah korang katakan padanya
"call je kitorang kalau nak apa2 yer "
tapi kenapa korang buat macam tuh .
demi ALLAH swt
si gadis tu memang dah malu sangat nak jumpa korang

kasihan dia
dia tak boleh nak marah
dia tak boleh nak benci
dia tak boleh nak remove or delete korang dari fb @ hp
dia masih sayang korang
dia masih anggap korang abang2 dia
di masih anggap korang 'bodyguard' dia
mulut dia memang kata benci tapi sebenarnya dia tak boleh nak benci korang
jangan ditanya kenapa sebab dia sendiri tak tahu jawapannya

semalam bila si gadis terbaca wall post C kepada S
hatinya seperti ditikam2
kenapa perlu kata begitu
memanglah si gadis tu degil sebab masih nak tunggu
tapi dia tak canang kat semua orang
korang cuma nampak bila si gadis dan si S tu jadi kekok bila berdepan
tapi si gadis masih lagi bertegur sapa dengan korang
bezanya dia belum ready sepenuhnya untuk duduk semeja dan bergelak tawa macam dulu
bagilah dia masa .

korang takkan paham macamana kecewanya dia .
dah la tak paham korang tambah lagi kedukaan dia dengan letak lagu tu kat wall
korang ingat dia bodoh ker .
si gadis tu sedar yang selain lagu itu dipost untuk S
si C tu harap si gadis dapat dengar setiap bait-bait lirik yang tercatat dalam lagu tersebut .
perli ~

dia menangis semalaman sebab malu
dia menangis semalaman sebab tak tau macamana nak beredepan dengan korang
dia menangis semalaman sebab tak boleh nak benci korang
dia menangis semalaman sebab rasa seperti diperlekehkan
dia menangis semalaman sebab setelah apa yang korang buat pada dia ni kasih sayang dia terhadap korang sikit pun tak pudar walaupun malam tadi mulut dia menjerit2 kata benci .

kasihanilah si gadis .

lagu ni lah yang C post kat S
*
*
*
*
*
*
*
*






nur dinee

salammmm...
hyehye bloggie .
amy up lagi post yang baru .
stop kejap pasal wms ,sekarang nak cerita tentang seorang gadis .
si cantik manis ni namanya NUR DINEE.
kami kenal mase program yang ala-ala homsis uh .
perkenalan kami dalam 4 bulan . bermula di dsg .
ceritanya bila mana khairul shahrin (nanti kita cerita siapa ni )
bawa awek dia ni jumpa amy .
so kami pun kenal la.
tup tup boleh jadi rapat sangat sampai camni .
kira macam kami memang berkongsi masalah bersama lah .
siapa kata tempoh perkenalan tu penting ?
cuba tengok kami .
ada yang sampai tak sangka kami boleh serapat ini .
saya sayang dinee .
sebab dia kawan baik saya . tempat saya meluahkan masalah .
kalau korang nak tau , dinee ni pendengar yang baik tau .
kalau cerita masalah kat dinee ,dia kan dengar betul2 kemudian dia akan bagi nasihat atau komen la sikit2 .
apa yang dinee tahu tak semestinya abang2 tuh tahu . rasanya setiap kisah percintaan saya dengan wms dia tahu.
cuma mereka tak pernah berjumpa .
okeh ,
nak cerita ni . dinee penah kata dia nak tahu sangat siapa NAIFANA AMY.
so amacam dinee bile dah tau siapa NAIFANA AMY ni ?
nyesal tak ?
(angguk kalau nyesal ngeleng kalau tak )
hahaha...amy tau , mesti dinee ngeleng an.
sebab dinee kata dia sayang amy . hehehe
dinee ada boyfren . boyfren dye kawan wms dan juga kawan baik amy yang amy dah anggap macam abang amy .
amy suka tengok dorang .sangat padan .
dinee kata kalau dia kawin nanti nak bagi amy duduk meja vip .
waaaa,tak sabarnya nak tgk kawan amy ni kawin .
dinee ni jenisnya suka ikut perasaan .
dia sayang sangat kat khairul shahrin .
tapi kaau ada sesuatu yang jadi tuh gaduhnye alamak , mateyyyy ...
tapi last2 dorang mesti baik balik .
biasalah , saling menyayangi satu sama lain kan.
tapi nasihat amy kat dinee sayang , be matured sayang .
jangan ikutkan sangat kehendak hati @ perasaan nanti menyesal tak sudah .
nak tengok muka nurdinee yang amy kata ni ????
haaa...
tau dah .mestilah nak kan .
*
*
*
*
*
*
*
*
*



p/s : dinee suka kata amy cantik , terima kasih dinee :D

Tuesday, September 13, 2011

lebihnya dia bila...

hye bloggie .
post yang lepas amy ada kata nak cerita pasal kelebihan wms an .
haaaa...
ni nak story .
wms ni memang special sangat bagi amy .
bila amy sedar amy jatuh cinta ngan dia mase tuh memang amy tak boleh terima sebab dia tak memenuhi lansung kriteria yang amy nak .
tapi itulah yang amy sayang sampai sekarang .

lebihnya dia bila dia seorang yg independent . pada mulanya dia anak bongsu tapi setelah berapa belas tahun tiba2 dia dapat adik lagi . so sekarang tak bongsu la. dia bukan anak mak tapi dia memang rapat dengan mak dia . eh , salah isi daa...
okeh2 , bercakap tentang independent . wms ni kalau nak beli apa2 dia takkan minta duit family . dia akan usaha sendiri .contohnya mase dia nak beli moto . dia kerja sampai boleh dapat WPE tuh .walaupun cuma 2nd hand tapi boleh nampak effort dia .bukan jenis yang menyusahkan keluarga la.

lebihnya dia bila dia seorang yang bersungguh-sungguh . pasal yang ni kalau korang tengok cara pembelajaran dia mase nak final korang mesti kagum . dia bukan jenis buat past years question sebab dia tak percayakan past years question . contoh macam ada 1 subject last sem ada 2 buah buku tebal aw.dia baca sampai habis 2 buah buku tuh .baca betul2 aw.bukan pakai selak jer . kalau amy memang pengsan la nak abes bacakan 2 buah buku tuh.

lebihnya dia bila dia jenis mudah menghafal . dia boleh hafal setiap patah perkataan dalam buku and mase exam dia boleh tulis balik sepatah demi sepatah , hebat an kurniaan ALLAH swt pada dia.

lebihnya dia bila dia memang peramah . dengan peranagi ni memang people easy to get along with him . kalau dia senyum memang cair seyh . tempoh 4 bulan bersama dia memang menguji keimanan amy betul . seb bek amy masih waras . haha

lebihnya dia bila dia mudah detect something yang tak betul pada kawan dia.kalau amy ada masalah memang dia tau . so pasal amy in love dengan dia ni pun amy rasa memang dia tahu tapi dia tak boleh nk buat ape2 sebab pasal hati tak boleh naka paksakan . lagi pulak amy pun tak pernah mengaku pada dia SAYA CINTAKAN AWAK

lebihnya dia bila mudah kenal orang . mase mula2 kenal dulu dia ada kata penah nampak amy mase homsis . pakai baju ungu .memang betul pun .maknanya dia memang perasankan amy.berbeza pulak dengan amy .amy tak suka perhatikan orang yang takda kaitan dengan hidup amy .kalau ada yang tegur2 pun kalau macam gatal2 tu takmo layan .*poyo sungguh saya ni .haha... rupanya amy ada bercakap dengan dia mase nak promosikan kelab . cuma amy tak ingat .

lebihnya dia bila layanan dia kat perempuan tiptop.meaning here dia sangat care . mane tak makin sayang .

alamak ,
amy rasa macam dah berlebih2 sangat amy duk puji dia ni .
kalau cakap pasal kelebihan panjang berjela la sebab bila kita sayangkan orang tu semua keburukan dia akan jadi kelebihan bagi kita . haha

so sampai sini dulu lain kali amy cerita lagi pasal WMS okeh . bye2 !

p/s : agama dia pun dia jaga . alhamdulillah ...

pinang dibelah dua

dear bloggie
finally i know who's that girl .
pompuan tu kawan sekolah dia .mungkin dowang baru jumpa semula setelah sekian lama and suddenly fall into each others an . tak tau lah .
yang pasti pompuan tu seorang pramugari . haaaa , bayangkan lah .
bila bercakap tentang pramugari mesti dalam otak korang semua pompuan tu mesti tinggi , cantik , putih and gebu . dia ada kontrak 3tahun ngan airasia . mestilah dia WOW !
hurm , kalau nak dibandingkan amy dengan pramugari memang jauh panggang dari api kan . memang dah sampai masa amy undur diri .
" sedar diri lah NAIFANA AMY . kau takda ape2 kalau nak dibandingkan dengan pesaing cinta kau tuh . "
wms tu yang sememangnya popular dikalangan awek2 uitm jengka ni memang hot . so senang citer dowang bagai pinang dibelah dua .
untung pompuan tuh dapat wms .
nak tau apa yang untung ?
dalam posting seterusnya amy akan cerita tentang
KELEBIHAN WMS :)

Monday, September 12, 2011

kerana hati ini telah dilukai



assalamualaikum ,
rasanya sudah terlalu lama amy tak update blog amy .
terlalu banyak komitmen lain yang menyebabkan blog ni cuma dipandang sepi tanpa sebarang pembaharuan.
akhirnya, setelah ' kehilangan ' maka amy kembali kepada blog .
kenapa blog ?
sebab dalam blog dia tak boleh baca . maaf kalau ada yang tak berkenan dengan tindakan amy update blog2 amy selepas ni semuanya berkisarkan cinta .
cuma bagi amy cuma blog ni boleh lepaskan segala yang terpendam yang tak boleh nak cerita secara oral pada sesiapa .
secara rasminya pada 9 september , WMS telah menukarkan status relationshipnye kepada in a relationship .
mase amy bukan jer FB , nampak pulak update yg itu cuma Allah s.w.t jer tahu betapa luluhnya hati ni . tapi amy tak boleh nk menangis 2 menjerit . cuma yang ada satu perasaan TERSENTAP .
bila ingat balik kata-kata dia sebelum ni yang dia tak mahu ada sebarang hubungan berkait dengan hati amy rasa geram . kenap aperlu cakap macam tuh kalau last sekali dia yang langgar prinsip dia . tapi memang tak boleh nk salahkan dia.it was me who fall in love with him first .
semua new post dia yang terbaru pun ada makna tersirat . cuma kena faham . contohnya macam ni :
Never expect. Never assume. Never ask. And never demand. Just let it be. If it's meant to be, it will happen.
amy dah catch ape sebenarnya makna yang tersirat dalam status ni . akhirnya amy kena terima .lagi pun kalau kita sayangkan seseorang tu apa yang kita patut harapkan ialah dia bahagia tak kisah dengan siapa.

jadi kepada awak , WMS yang saya sayangi . saya doakan kebahagian awak bersama gadis itu andai ini takdirnya .

Tuesday, June 7, 2011

ini untuk hari jadi mirul !


SELAMAT HARI JADI KE-23

MOHD AMIRUL 'ARIF BIN TARLI



Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

to my dear abang mirul ;

knowing you such a great thing happen in my life .
its become a joy where i know i have a brother .
biasalah , anak sulungkan .
haha

You have your own asset to attract a lot of people too look at you.
never had a low self-esteem about your appearance .
you are more special than that .
i'm here for help you in anything .
that is my promise :)



p/s : special kek istimewa dari ladang :p


Wednesday, April 27, 2011

finance ! kekecewaan melampau ...


kunklusinya FIN262 tadi mengecewakan . apehal la orang yang wat soalan final sem ni . banyak tol la salah dye . kalo disebabkan ketidak sengajakan tu boleh meluluskan kami2 ni dengan cemerlang takpe juga . ni tak , nak wat pembetulan pun tak sempat . tension tol la ! last2 salahkan la diri semdiri . disebabkan ketidak kesempatan nak membaiki benda2 alah tuh . akhirnya kecuaian berlaku yang mane 25000 jadi 2500 . kan dah kurang 0 uh . abeslah , pasal satu soalan effect sume . haha , tunggu jelah result tu keluar . redha jer amy ...

Thursday, April 7, 2011

saya harap awak baca...

kalaulah saya boleh bagi tau awak ape yang saya rasa,

awk mesti tak sanggup dengar.

yer,memang awak kata jangan simpan sowg2 tapi saya tak penah belajar cara nak luahkan.

saya just boleh harap awak faham.

haha,bodohkan.

memang sampai biler2 la awak takkan paham.

takpe,saya tak salahkan awak.

sume ni memang salah saya.

salah saya...

awak awak ...

saya tak pernah harap awak balas balik perasaan saya,

sebab saya tau saya tak layak.

saya just nak bagi tau je yang saya dah fall kat awak.

awak awak ...

saya nak minta maaf.

saya dah cube macam2 cara nak buang perasaan ni ,

tapi tak boleh :(

saya memang dah tak boleh.

saya tak mesej awak ,

saya mengelak jumpa awak ,

saya taknak tau ape2 pasl awak,

saya cari benda yang boleh buat sayang saya akat awak kurang sikit demi sikit,

tapi sume ni wat saya yang sakit.

saya yang meroyan.

saya yang menangis.

awak awak ...

saya tunggu awak mesej saya ,

tapi xda pun .

saya anggap awak bz.

saya anggap awak tido ,

bila saya mesej awak ,

awak tak balas.

saya anggap awak bz ,

saya anggap awak tido ,

saya anggap mesej saya tak masuk dalam hap awak.

awak awak ...

cuba ajar saya cara untuk berhentikan semua nie.

saya tak mudah jatuh cinta.

dia yang pertama .

awak yang kedua.

tapi awak bukan pengganti dia.

awak awak ...

awak kata awak pun susah nak jatuh cinta ,

takpe.

saya faham .

lepas ni saya simpan jer semua nie yer.

simpan kemas2.

tapi saya takkan buang semua sayang saya

sebab tu jer sebab yang saya ada untuk terus berdepan dengan awak.

awak awak ...

kalau lepas awak baca benda ni tak payah la rasa besalah.

saya taknak awak datang kat saya pasal kesian.

saya tak nak tu.

awak awak ...

benda ni memang saya tak sempat nak bagi tau awak aritu.

so saya taip kat sini.

saya harap awak baca.

saya takut saya tak sempat nak bagi tau nanti.

bukan sebab saya nak pergi ,

tapi sebab saya dah tak berani...

Saturday, March 26, 2011

stuck on you PAKCIK !



pakcik pakcik ,
i miss you :(

awak buat saya meroyan nie.
tempat saya nak luahkan kemeroyanan saya
cuma kat cniey jelah.

sebab saya tau awak takkan boleh baca blog saya :)

pakcik pakcik ,
saya tak tau apa yang saya suke kat awak .
saya tak jumpa tarikan awak .
yang pasti bukan pasal rupa .
walaupun awak memang ada sume tuh tp tu bukan tarikan kat saya .
macam saya kata saya tak tau apa yang saya suka kat awak.

but for sure ,
i fall in love in you .
memang awak bukan cinta pertama saya ,
tapi no 2 dengan 1 uh an tak jauh .hehe

pakcik pakcik ,
mula2 kenal awak panggil nama saya ,
lama sikit awak panggil saya MEK .
sekarang awak panggil saya MAKCIK.
tapi takpe , at least special dari yang lain.

awak tau ,
kalau sehari tak jumpa awak leh buat saya meroyan
sampai berguling macam tenggiling kat umah tau .
saya tak tau la next sem tanpa awak .

kenapala kerajaan nak jarakkan diploma ngan degree .
awak minta bunga an tuk graduasi awak?
nanti saya bagi yek .

tapi yang lainnnn???
takkan saya nak bagi semua orang bunga juga .
tak special la macam tuh ...

pakcik pakcik ,

saya dengar rakaman awak nyanyi tuh banyak kali tau.
lagi2 sebelum tido.
saya kata suara kawan awak tu sedap
bukan bermakna suara awak tak .
cuma bila dye slalu kata suara dye tak sedap
tp rupanya sedap tuh yg saya terkejut .

awak tgk video tuh sekejap pastu pulangkan kat saya .
awak kata takmo tgk sebb sakit hati .
tapi sakit hati pasal apa???


pakcik pakcik ,
saya rindu awak niiiiiii.....

Thursday, March 17, 2011


HAPPY BIRTHDAY CONGEK !!!

I WROTE THIS ENTRY SPECIAL FOR YOU :)
KHAS BUAT BUDAK NAKAL YG BAIK NI.

HOPEFULLY YOUR LIFE WITH NEW AGE GETTING GREAT AND EASY
AS HAPPINESS IS ALWAYS WITH YOU.
MAY GOD BLESSING YOU ,
AND LOVE IS ALL AROUND YOU.

THANK FOR MAKE ME KNOWING YOU.
SERIOUSLY YOU SUCH A GREAT PERSON I'VE MEET.
EVEN IN A MONTH WE CAN BE THIS CLOSE.
SUMPAH SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT !!!
TAK TIPU .HEHE...

SO,I JUST CAN HOPE YOU WILL NOT FORGET ME
DURING YOUR SEMESTER BREAK.
LAMA KOWT,
4 MONTH TAK JUMPA
JANJI TAU JANGAN LUPA KAT AMY .
AMY SEM 6 KITA JUMPA BALIK CAM BIASA YEK

*kurangkan la skit nakal awak tuh.cubit kang.huhu...
hadiah anti yek,tak sempat nak beli :)


Monday, March 14, 2011

22 ciri orang yg mencintaimu


22 Ciri Orang Mencintai Kamu

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

Thursday, March 10, 2011

pastikan

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Tuesday, March 8, 2011

ABC dalam nama korang?


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Friday, March 4, 2011

semua salah awak!

saya sayang awak !
saya dah gilakan awak !
saya sangat rindukan awak !
saya dah tak reti nak hidup tanpa awak !

awak dah buat hati saya yang dulu mati untuk cinta hidup balik.
lastly,ni yg awak buat kat saya?
haishhh,
betol kata ustaz.
lelaki ni boleh caye 0.01 % jer.
lain kali,jangan bagi saya harapan kalo awak tak leh penuhi semua tu !!!!

Saturday, February 26, 2011

tak tahu antara dua




assalamualaikum...
malam tadi mimpi dye.
amy pun tak tau macamana dye boleh masuk balik dalam mimpi amy setelah
sekian lama an.
maybe sebab semalam mase test 1 dye duk belakang amy kowt.
ok,from deep of my heart amy dah takda perasaan KOWT kat dye.
tapi ntah la.
dalam mimpi uh dye nak baik balik.
tapi hati amy dah ada orang lain.
bila dah sedar uh tak berani nk sambung tido dah.


Thursday, February 24, 2011

senyumlah :)





1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".







Tuesday, February 22, 2011

yes im in love !!!







1. Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2. Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....

Wednesday, February 16, 2011

to my future husband


For My "FUTURE HUSBAND" ,saya xtahu siapa awk..dekat mne awk sekarang dan apa yang awak buat..tp if one day we met..saya harap awk terima saya seadanya..saya tahu saya xsempurna yang awak inginkan..saya dapat rasa awak laki yang baik..awak bole jadi seorang laki yang memimpin..saya tahu,laki2 mcm awk jarang dpt dlm dunia..saya xminta high expectation bila bersama dgn awk..cukup lah hanya dikelilingi dgn kasih sayang dan kesetiaan..saya tau awk mungkin tgh tersenyum bile baca surat ini..dan mungkin awk lah FUTURE saya..saya menunggu untuk sesuatu yang pasti..plus kalau betul awak jodoh saya yang dalam fb,saya xnk awak dgn gambr awek awak tgh peluk2..posing sana,posing sini..kepit sana,kepit sini...post luv u,miss u dan blabla..saya tau,awak ensem,smart.style.dan laen2..tp smart dan ensem bia lah pada saya je..bia pon saya nyh pompuan yg terdedah dgn khayalan dunia,tp saya sedar setiap pasangan mahukan yg terbaik..saya tahu awk dapat memimpin saya..Plus awk kini laki yang kian pupus..awk kena sedar,laki skrg saham da makin menaik..di akhir zaman,,perempuan masing2 bergaduh sebab nk dptkan awk..tp saya xnk mcm tuh,

.My FUTURE HUSBAND,saya xtahu our future mcm mcm..our life menjadi good @bad..tp pahit getir sama2 kita redah.Mmg dlm pasangan inginkan kebahagiaan dan kesenangan bersama..saya xminx banglo 10 tingkat,saya xminta honeymoon kt bulan sebab saya tahu benda tuh cm membazir..=)..tp kalau nk beli emas sekali sekala..saya xtolak..Awk,saya memamng perempuan yang dalam proses nk belajar memasak..saya mmg nk masak umtuk awk satu hari nt..awk balik saya masak..awk nk mkn saya hidang,awk mkn saya tgk..sbb kepusan bila dpt tgk awk mkn air tgn saya dah cukup mengenyangkan..Plus saya bkn nk demand dlm memilih awk sebagai suami tp lg best kalo otak kite gile sama gile..br meriah sikit suasana rumah..awk pon xnk saya je yg kaki bebel dlm rumah mcm dlm drama kan?jadi..bile kite langkah kaki kite bersama,kite jd gila sama gila ok?To my Beloved Future Husband.xd perempuan dalam dunia ni nakkan laki yang penah sentuh2 prempuan..maknenyer,lepas sentuh pompuan tuh tgn tros rendam dlm acid dan bile kite berjumpa 1 hr nt saya nmpk tgn awk beracid tu mknenyer awk pnh bce letter saya..Saya nk menjadi perempuan yang pertama dan terakhir di hati awk..saya nk tgk awk hari2 tersenyum bila nmpk saya..=)

saya tau awk nyh mest sweet dan romantik orangnya..awk halal untuk saya..saya harap awk pandai jage diri seblom awk jumpa saya..bila awk berdating..awk jgn percaya sgt dgn pujuk rayu awek awak..jgn mudah sangkut..And sebagai penutup warkah dari saya,bila kita da kawen nt sama2 kita harung,sama2 kita redah sama2 kita lantak ..awk imam dan saya makmum..awak makan saya masak..tp kalau masak sama2 lagi best..Conclusionnyer,awk cepat2 la carik saya..saya takut nk carik awk kt dunia luar sana..mcm2 bentuk..takut yg saya pilih tu bkn awk..Kalau bole pencarian tuh ,bialah saya yang pertama dan terakhir..menunggu awk..:)